P R A K A T A

 

P R A K A T A

 

  “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

  (Quran surah Ar-Ra'd: 11)

  Penulis membaca kalimah Tuhan Maha Pemurah lagi Amat Penyayang,lantas tercetus ilham menulis

 sebuah buku bertajuk MARA PEMAJU MELAYU .

  Menulis sebuah buku perjuangan bangsa Melayu terutama sekali melibatkan tokoh yang terlibat

dalam mengasaskan MARA bukanlah perkara mudah.Buku ini dicanai melalui usaha dan penuh komited

demi melahirkan sebuah naskhah terbaik untuk bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

  Buku ini sarat dengan pelbagai pahit,manis,payau dan seriau.Buku ini akan menerobos jiwa Melayu

yang masih hilang arah tujuan hidup.Buku ini bukan sahaja PEMUJI,namun sarat dengan kritikan demi

menambahbaik bangsa Melayu.

  MARA tidak wujud ketika era Kesultanan Melaka.MARA hanya lahir selepas merdeka.Andainya

MARA lahir sejak era tamadun Kesultanan Melayu Melaka yang gah seantero dunia,mungkin Melayu kini

lebih hebat dan cemerlang.

  “Better late than never” adalah ungkapan maklum.Waima kelahiran MARA agak terlambat,namun

kegigihan pemimpin Melayu yang mengasaskan MARA perlu dipuji dan dihargai.Buku ini adalah salah

satu naskhah menghargai kepimpinan Melayu yang banyak menyumbang kepada pembangunan Melayu

                                                                                   - 1 -

 sejak merdeka.

  Melayu perlu belajar dari SEJARAH.Kesultanan Melaka yang hebat,makmur dan maju boleh lebur

dengan kedatangan penjajah bernama PORTUGIS.Maka bermulalah era kegelapan bangsa Melayu

hampir 500 tahun.

  Bacalah buku ini dengan minda terbuka dan positif.Jadikan buku ini kamus dalam melalui perjalanan

hidup.Bangsa Melayu adalah antara bangsa yang hebat dan maju sejak wujudnya NUSANTARA.

  Melayu boleh maju dan cemerlang jika rajin mempelajari sejarah dan mengubah sistem hidup.MARA

telah berjaya menjadi sebuah gagasan yang merangka pelbagai pelan dan dasar untuk memajukan

bansga Melayu.Bukan MARA perlu diubah,namun Melayu yang perlu berubah.Tongkat tidak akan

datang sepanjang hayat.Sehebat tongkat Nabi Sulaiman Alaihissalam pun luncai dimakan anai-anai.

  Buat PERMATA HATI ,Amirul Erfan,Nur As Shafiah,Nur As Safa,Nur As Syahirah dan

Nur Amirah As Syafiqah,jadilah MELAYU yang hebat dan berjaya dalam kehidupan.Sebaik-baik

bangsa ialah bangsa berjaya.Sehina-hina bangsa ialah bangsa yang suka mengemis dan tidak belajar

 dari sejarah.Cintailah BANGSA SENDIRI sebelum mencintai bangsa lain .

Buat ibu bapa,al Fatihah

SAAT SULAIMAN

( Man who look Dummy but not DUMB!)

https://ybsaat.blogspot.com/

1 Jan 2012 Masehi .

Edited 1 November 2021 Masehi


https://www.kpdnhep.gov.my/images/dokumen/awam/perundangan/24-bm-Akta-Hak-Cipta-1987-sehingga-1-7-2012.pdf


 

Comments

Popular posts from this blog

Nasib PERIBUMI AMERIKA

CADANGAN RANGKA ISI KANDUNGAN MARA PEMAJU MELAYU